| Kurik Kundi Merah Saga | Orang Daik bergelar tabib, Mengubat jari terkena parang; Baik-baik menyerahkan nasib, Janganlah jadi hamba orang. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Duduk di dapur membakar inggu, Hendak mengubat sawan budak; Sawah berlumpur lagi kutunggu, Inikan pula padi dah masak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau abang pandai merebat, Tolong rebat pokok keranji; Kalaulah abang pandai mengubat, Tolonglah cari ubat tak mati. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Tak susah kalau merebat, Kirilah kanan pasang berlapik; Taklah susah kita mengubat, Ubatlah ada di tanganlah adik. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pandai menyurat, Suratkan di kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pandai menyurat, Cuba surat kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Cuba ubat hati yang rindu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pandai menyurat, Mari menyurat kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Mari ubat hatiku rindu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pandai menyurat, Suratkan saya kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya penyakit rindu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau abang pandai menyurat, Suratkan saya kertas biru; Kalau abang pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan pandai menyurat, Suratkan di kertas biru; Kalau tuan pandai mengubat, Ubatkan saya hati yang rindu. |