Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn sesuatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya. 2 ki kena atau berlaku kpd; mengenai: Berbagai-bagai bencana telah ~ keluarga yg miskin itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pecah cawan pecah botol,
     Pecah menimpa kodi kain;
Kalau abang nanti yang betul,
     Saya tidak mencari lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(13)

99

Every cloud has a silver lining

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Ada rahmat yang tersembunyi

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi ada rahmat yang tersembunyi. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau nangka nak gugur, Jangan menimpa dahan pauh; Kalau mata nak tidur, Jangan lupa esok berjalan jauh.
Kurik Kundi Merah SagaPecah cawan pecah botol, Pecah menimpa kodi kain; Kalau abang nanti yang betul, Saya tidak mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaHendak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa si ranting pauh; Hendak tidur tidurlah mata, Jangan teringat orang yang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaHendak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa si ranting pauh; Hendak tidur tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa ranting pauh; Kalau nak tidur tidurlah mata, Jangan diingat saya yang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil galah jolok kedondong, Galah patah menimpa dahan; Bukannya salah ibu mengandung, Sudah nasib permintaan badan.
Kurik Kundi Merah SagaTelur pelekat tiga berangkai, Jatuh sebiji menimpa papan; Kalau tak dapat bunga setangkai, Harus kumbang mati beragan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa ranting pauh; Kalau nak tidur tidurlah mata, Jangan diingat saya yang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa ranting pauh; Kalau nak tidur tidurlah mata, Jangan diingat saya yang jauh.
Kurik Kundi Merah SagaTuan merendang buah pedada, Jatuh ke bawah menimpa kaki; Tuan bujang ambil janda, Macam kain sudah dipakai.
12

Kembali ke atas