Kurik Kundi Merah Saga | Awang Dollah pandai meniti, Pandai meniti pandan mengkuang; Kerana tebu semut tak mati, Kerana semut gula terbuang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Meniti banir tumbuh, Mencabut selasih dulang; Kami tiada berani sungguh, Malas merebut kekasih orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bapa hendak meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Saja tak pandai harap faham, Jangan gelabah disuruh orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga pandan meniti pudak, Pudak dititi kayu berdiri; Bunga tinggi penjolok bunak, Jikalau sudi jatuh sendiri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raden Galuk meniti batang, Panji-panji turun berkuda; Dari jauh saya datang, Melangsung hajat tuanlah semua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung puyuh meniti di batang, Batang manggis condong ke paya; Kebaya labuh bersanggul lintang, Senyum manis di pagi raya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak tupai meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Macam saya belum faham, Jangan berlawa disuruh orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Aduilah adui meniti batang, Si teman bujang dicari juga; Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak musang jalan meniti, Titi mari atas pagar; Tuan helang saya rajawali, Sama-sama mari menyambar. |