Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.ti/] | منيتيق

Definisi : 1. memukuli (besi, emas, dll) ber­kali-kali, menempa: orang yg hendak di­hukum bunuh terlebih dahulu dititik semua tulang sendinya sehingga hancur; ~ emas; 2. bp memukul (kerana mendenda), merotan: kalau kau tidak ke sekolah esok aku titik sampai teruk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.ti/] | منيتيق

Definisi : membubuh tanda titik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.ti/] | منيتيق

Definisi : menitis, berderai: hujan mulai menitik, mula-mula setitik-setitik kemudian mencurah-curah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.ti/] | منيتيق

Definisi : memukul besi, emas dll berkali-kali; menempa: Ia ~ besi utk dijadikan parang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ni.ti/] | منيتيق

Definisi : membubuh tanda titik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ni.ti/] | منيتيق

Definisi : jatuh setitik demi setitik (ttg air dsb); menitis: Air matanya ~ membasahi surat yg sedang dibacanya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titik3
Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan, menitik,

Puisi
 

Cantik menyambar bagai dipeting,
     Hujan menitik tepi pagar;
Tahan hempas tahan banting,
     Tahan dititik tahan dibakar.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBulan mengambang embun menitik, Cahaya sampai serata dunia; Pokok cantik buah sebiji, Bila gugur masam rasanya.
Kurik Kundi Merah SagaCantik menyambar bagai dipeting, Hujan menitik tepi pagar; Tahan hempas tahan banting, Tahan dititik tahan dibakar.
Kurik Kundi Merah SagaTelur angsa sarang setalam, Cendana sarang tempurung; Embun menitik serata alam, Nyawa melarat seperti burung.
Kurik Kundi Merah SagaDari Deli pergi ke Medan, Singgah di kedai hujan menitik; Kalau nak beli buah setandan, Tentu bercampur besar kecik.
Kurik Kundi Merah SagaDua Cina dua Melayu, Dua Keling menjual kain; Kerana apa bunga layu, Embun menitik di tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina anak Melayu, Anak Jepun melipat kain; Bagaimana bunga tak layu, Embun menitik di tempat lain.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pinang Pekan baharu, Tempat Cik Khalid menjadi raja; Bila terkenang masa dahulu, Tunduk menitik air mata.
Kurik Kundi Merah SagaCik Ali menjual kayu, Orang di bukit menjual lada; Kalau teringat zaman dahulu, Rasa menitik air mata.
Kurik Kundi Merah SagaTuan kayuh orang berempat, Tuan menuju ke rumah raja; Kalau sampai di Batu Pahat, Macam menitik air mata.

Kembali ke atas