Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana hendak menjahit, Hendak menjahit jari pun rempak; Bagaimana saya nak naik, Tuan rumah belum nampak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mengapa adik menjahit baju, Menjahit kain si banyak lagi; Mengapa adik kata begitu, Kata yang lain banyak lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjahit benang sutera, Putus benang habis tercampak; Biar ribut angin utara, Asal lautan jangan berombak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Abang Hassan anak baginda, Menjahit baju tidak bersisi; Rindu di hati datang melanda, Air mata jatuh ke pipi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari panas mencucuk benang, Benang menjahit baju kebaya; Air jernih lubuknya tenang, Jangan disangka tiada buaya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Biar Cina kelapa Cina, Biar manis menjahit baju; Sudahlah tinggal berdiri tiga, Jangan menangis ditinggal aku. |