Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjala ikan belanak, Dapat seekor puntang-panting; Kalau kahwin janda beranak, Habis kepala kena kencing. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjala tepi kolam, Dapat ikan sebesar jari; Bukan salah kain disulam, Kerana benang warnanya mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjala di tepi pantai, Dengar suara ayam berkokok; Kalau pandai menjaga tupai, Bilakah rosak buah di pokok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menjala Sungai Seniawan, Boleh seekor ikan senangin; Sakit rasa saya tak tahan, Boleh tidak mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak menjala jalaku tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak berjumpa hatiku takut, Hati rindu ditahan juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hendak menjala jala tersangkut, Jala baru dikibar juga; Hendak mencuba hatiku takut, Hati takut dicuba juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Jeddah menjala ikan, Sudah dijala jual di pekan; Bukankah sudah saya katakan, Kepayang mabuk jangan dimakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Aki menjala ikan, Dapat ikan jual di pekan; Gunung tinggi siapa timbunkan? Duri di hutan siapa tajamkan? |
Kurik Kundi Merah Saga | Pergi ke pantai menjala ikan, Dapat seekor ikan gelama; Baik-baik memilih intan, Jangan terpilih batu delima. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak raja turun menjala, Dapat seekor ikan haruan; Gunung yang mana jadi paya, Laut mana jadi daratan? |