Kurik Kundi Merah Saga | Limau manis condong ke Kerling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk menjeling, Sudah menjeling ketawa pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung perling mata merah, Mari hinggap pohon kekabu; Saya menjeling bukan marah, Hati di dalam bagai digaru. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mandilah mandi di tepi awan, Dipetik oleh Si Raja Cina; Menjeling-jeling dua sekawan, Kitaklah juak hati mengenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon kapas dibaling-baling, Tersangkut kaca koyak seluar; Melintas dara sambil menjeling, Terbeliak mata macam nak keluar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna bermain lilin, Lilin asal dari lemak; Apalah guna jeling-menjeling, Tersalah jeling marah emak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tanjung Sempit Kuala Tembeling, Arah menghala Lautan Cina; Dia mengenyit saya menjeling, Kenapa seorang jadi merana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Limau manis condong ke Kerling, Tali sabut anyam berdiri; Tuanlah manis duduk menjeling, Saya menyebut setiap hari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak merbah hinggap di ranting, Disumpit oleh anak sakai; Bila tergelak dia menjeling, Bila jauh dia melambai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teluk Yong Kemadu Angsa, Tiga dengan Teluk Melati; Ketuk dek tudung haram tak biasa, Hanya menjeling sampai ke hati. |