Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri ber­khatam pengajian; 3. Mn mengambil se­seorang utk dijadikan menantu: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil: ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput drpd Sejarah Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : mengambil dgn hujung jari; mencekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : 1 mengajak atau menyilakan datang; mengundang: Tuan rumah itu telah ~ kami makan tengah hari di rumahnya. 2 menyongsong ketibaan orang; menyambut: Ia ~ adiknya di lapangan terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemput2
Kata Terbitan : sejemput, menjemput, menjemput, jemputan,

Puisi
 

Anak udang ada sejemput,
     Letak mari atas pelantar;
Datang tidak menjemput,
     Balik tidak berhantar.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kelalaian menjemput pencuri.

Bermaksud :

Kerana kelalaian maka kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak udang ada sejemput, Letak mari atas pelantar; Datang tidak menjemput, Balik tidak berhantar.
Kurik Kundi Merah SagaBunga cina kembang sejemput, Siapa cakap melarangkannya; Yang empunya datang menjemput, Siapa cakap melarangkannya.
Kurik Kundi Merah SagaRebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang menangkap belut, Belut ada dalam duri; Jalannya semak lagi berselut, Tuan menjemput saya ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaSayang selasih di Bukit Dulang, Diputik sedulang laut Sebandi; Terima kasih berulang-ulang, Sudi menjemput kami di sini.
Kurik Kundi Merah SagaRamai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu.
Kurik Kundi Merah SagaOrang pulang ke negeri China, Tiba di luar air ditimba; Dagang di rantau terbaring merana, Menunggu maut menjemput tiba.

Kembali ke atas