Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.mur] | منجمور

Definisi : mengeringkan sesuatu di panas matahari: petani itu ~ padinya di tepi ben­dangnya; ~ dada ki berjalan mem­busungkan dada (sombong); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.mur] | منجمور

Definisi : memanaskan atau mengeringkan sesuatu dlm panas matahari: Emak sedang ~ kain semasa orang itu datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemur
Kata Terbitan : berjemur, menjemur,

Puisi
 

Menjemur kacang di hari panas,
     Isi di nyiru orang seberang;
Sebutir pisang sebutir nanas,
     Mana satu rezeki musang?


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Menjemur bangkai ke atas bukit.

Bermaksud :

Memperlihatkan aib dan cela diri dan kaum keluarga sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHari panas tidak menjemur, Saya biasa menjemur batu; Hitam manis kenapa tak tidur, Saya biasa tidur berpangku.
Kurik Kundi Merah SagaMenjemur kacang di hari panas, Isi di nyiru orang seberang; Sebutir pisang sebutir nanas, Mana satu rezeki musang?
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Bagaimana menghibur hati, Siang dihibur malam teringat.
Kurik Kundi Merah SagaKalau hendak menjemur padi, Jemur mari tengah halaman; Cuba-cuba menabur budi, Kalau baik dibuat jaman.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk; Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.
Kurik Kundi Merah SagaBaik-baik menjemur padi, Jangan dimakan burung belatuk, Baik-baik mencari ganti, Biar hati lebih elok.
Kurik Kundi Merah SagaPutih pandai menjemur sisir, Sisir dijemur di atas padang; Gunung emas saya tak mungkir, Lewat sudah dipotong orang.
Kurik Kundi Merah SagaDayang sedang menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Bagaimana adik menghibur hati, Siang dihibur malam teringat.
Kurik Kundi Merah SagaAlang sakit menjemur padi, Siang dijemur malam dibuat; Alang sakit menghibur hati, Siang dihibur malam teringat.
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tidak berbukit, Tempat menjemur buah pala; Maaf tuan bukan sedikit, Sebanyak rambut atas kepala.
12

Kembali ke atas