Kurik Kundi Merah Saga | Saya saja menjolok kumbang, Kumbang bersarang lubang tiang; Saya saja menjolok abang, Bulan mengambang dikatakan siang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang menjolok manggis, Manggis jatuh pecah empat; Petang-petang tunduk menangis, Macam burung mencari tempat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak buluh panjang sepuluh, Nak menjolok sarang tempua; Janganlah adik suruh-menyuruh, Biarlah pandai kita berdua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak juak si buluh pulau, Pakai menjolok sarang tebuan; Genjukku tangan dari pulau, Niatku mati di pangku tuan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau mencari buah asam, Biar lebih kurang jangan; Alang-alang menjolok pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padi ini padi Mak Baluk, Padi ditunda dari Palembang; Dapat sesuka hati kanda menjolok, Suntinglah adinda bunga kembang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok. |