Kurik Kundi Merah Saga | Menumbuk orang di Kampung Atar, Tembulat mengejut ayam; Biar dulu kok terlantar, Di mana boleh sama dalam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Menumbuk di lesung tinggi, Orang menampi di tengah jalan; Apa sudah duduk begini, Bagai pungguk rindukan bulan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang menumbuk alunya tiga, Patah satu alu suasa; Adik tunduk malu ke siapa? Malu ke abang dah kenal biasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Adik menumbuk alunya tiga, Patah satu tinggal dua; Adik tunduk malukan siapa? Malukan abang tunang biasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak dara menumbuk pandan, Membuat kuih hidangan kenduri; Ilmu yang baik jadikan teladan, Segala yang buruk letak ke tepi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Petang-petang bunyi lesung, Orang menumbuk padi jawi; Petang-petang ingat kampung, Hendak balik orang tak bagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rosak lesung kerana antan, Sebab menumbuk padi puteri; Hilang buntat berganti intan, Baru jadi sinar negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Malam ini merendam jagung, Siang besok menumbuk serai; Malam ini kita berkampung, Siang besok kita bercerai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik ke bukit terluncang-luncang, Nak ambil keropok air; Apa sakit duduk membujang, Lepas menumbuk mencedok air. |