Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.pang] | منومڤڠ

Definisi : 1. terletak (terdapat, berada) di atas sesuatu yg lain; 2. diam (tinggal, bermalam) di rumah orang, singgah (utk bermalam, tinggal) buat sementara sahaja: buat sementara ini biarlah saya ~ di sini dahulu; 3. naik dan berpergian (dgn kereta, kapal, dll): dr Singkarak ia ~ kereta api ke Padang dgn selamat; 4. turut berpergian dgn kenaikan orang (dgn percuma), membon­ceng: apabila dilihatnya saya mahu belayar juga maka pergilah ia hendak ~; 5. bersama mengerjakan (melakukan) sesuatu, ikut serta; 6. meminta atau memohon supaya mendapat keizinan (kebenaran dll): boleh saya ~ bertanya, apa nama kampung ini?; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.pang] | منومڤڠ

Definisi : 1 diam atau tinggal di sesuatu tempat buat semen­tara saja: Saya ~ di rumah kakak saya. 2 menaiki kenderaan (utk berpergian): Dr Ipoh, dia telah ~ bas ke Taiping. 3 meminta atau memohon supaya mendapat kebenaran atau keizinan: Boleh saya ~ bertanya, di mana Jalan Semangat? 4 terdapat atau berada di atas sesuatu yg lain: pokok ~ tumbuh-tumbuhan yg hidup pd pokok lain; parasit. ~ hidup tinggal bersama supaya dpt hidup. ~ makan turut makan bersama. ~ mati ikut mati; ber­sama-sama mati dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumpang
Kata Terbitan : menumpang, menumpangkan, penumpang,

Puisi
 

Buahlah padi selasih dulang,
     Adik menumpang ke hulu saja;
Buah hati kekasih orang,
     Adik menumpang bergurau saja.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Hinggap seperti benalu.

Bermaksud :

Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu. benalu = pasilan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBuah padi selasih dulang, Menumpang mari ke Jawa saja; Buah hati kekasih orang, Kami menumpang ketawa saja.
Kurik Kundi Merah SagaBuahlah padi selasih dulang, Adik menumpang ke hulu saja; Buah hati kekasih orang, Adik menumpang bergurau saja.
Kurik Kundi Merah SagaNiat menumpang di gunung api, Ambil gemala di mulut naga; Sudah dapat kehendak hati, Malam ini saya berjaga.
Kurik Kundi Merah SagaTebang daun dua pelepah, Singgah menumpang sungai dua; Sepuluh kali emak menegah, Hati suka bermain juga.
Kurik Kundi Merah SagaBuah padi selasih dulang, Saya menumpang menabur lada; Buah hati kekasih orang, Kami berdua berpandangan mata.
Kurik Kundi Merah SagaDari Bau jalan ke Miri, Sambil menumpang kereta api; Mana saya tahu main tak jadi, Sebaik hidup baik mati.
Kurik Kundi Merah SagaBaiklah baik menutuk jati, Biar kurapi menumpang kujangan; Baiklah baik mencari ganti, Untunglah kamu suratan badan.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau ada padi di ladang, Boleh abang menumpang mandi; Kalau ada umur panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi.
Kurik Kundi Merah SagaGali perigi di tengah padang, Boleh saya menumpang mandi; Ingat saya umur panjang, Bulan depan ke mari lagi.
1234

Kembali ke atas