Kurik Kundi Merah Saga | Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur? |
Kurik Kundi Merah Saga | Encik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bunga raya merah menyala, Bunga lebih diisi karung; Abang kaya bertambah kaya, Hamba miskin dibawa untung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bangat-bangat menanam delima, Buah ranum merah menyala; Ingat-ingat pesan panglima, Hilang Melayu hilang dunia. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus meniup api, Api tidak mahu menyala; Badan kurus menahan hati, Hati tidak mendengar kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kucing kurus menghidup api, Api tidak pandai menyala; Kurus badan menahan hati, Tidak tertahan rasanya jiwa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Keling meniup api, Api tidak mahu menyala; Kurus kering menahan hati, Hati bukan mendengar kata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pukul gendang hari Khamis, Bunga Melati dalam raga; Makin dipandang makin manis, Dalam hati menyala cinta. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pisang embun di luar pagar, Sayang kundang masam isinya; Tujuh tahun sekam terbakar, Baru sekarang menyala apinya. |