Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nyam.bar] | مڽامبر

Definisi : 1. menangkap (dgn paruh, cakar, dll) sambil terbang, menangkap (mangsa) dgn cepat: helang ~ anak ayam; haruan ~ anak; 2. menangkap (merampas, menyamun, menyerang, dll) dgn cepat: disambarnya wang yg ada dlm genggaman saya; baginda terkejut lalu disambarnya pedang panglima itu; 3. menjilat dgn cepat (api), memanah atau mengenai (kilat, peluru, dll): api itu dgn bengisnya ~ minyak, me-rosakkan harta benda; cepat spt kilat ~; sebuah lori hampir ~ becanya dr belakang; 4. ark mencelah atau menyampuk (orang sedang bercakap) dgn cepat: “Tapi apa?” merinyu ~; 5. ki mengambil kesempatan tanpa teragak-agak: yg penting ialah kemampuan utk ~ kesempatan; ayam tambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang prb nasib yg malang (buruk) sekali; bagai ayam disambar helang prb mati tanpa sakit; pantang helang dgn ayam, lambat-laun disambar juga prb mudah menimbulkan sesuatu yg tidak baik kalau didekatkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nyam.bar] | مڽامبر

Definisi : 1 menangkap dgn paruh atau dgn kuku sambil terbang; menangkap mangsa dgn cepat: Helang ~ ayam. 2 melakukan sesuatu (spt menyamun) dgn kasar dan cepat: Pemuda itu ~ pisau dr tangan orang gila itu. 3 membakar dgn cepat; mengenai sesuatu (bkn petir dll): Halilintar ~ batang kelapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sambar
Kata Terbitan : menyambar, sambaran, penyambar,

Puisi
 

Cantik menyambar bagai dipeting,
     Hujan menitik tepi pagar;
Tahan hempas tahan banting,
     Tahan dititik tahan dibakar.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHelang menyambar burung udara, Singgah menyambar gelugut batang; Hilang budi lenyap bicara, Kasih menjulung bencana datang.
Kurik Kundi Merah SagaCantik menyambar bagai dipeting, Hujan menitik tepi pagar; Tahan hempas tahan banting, Tahan dititik tahan dibakar.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang menyambar duri, Hinggap sekejap di kayu jati; Kasih sayang datang ke mari, Abang sudah sedia menanti.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang menyambar buih, Buih di laut dipakai jua; Kasih sayang dicari boleh, Cinta hati jarang nak jumpa.
Kurik Kundi Merah SagaIkan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang ribut berdengung, Kilat menyambar pucuk pauh; Petang-petang duduk melengung, Orang nak balik tempat jauh.
Kurik Kundi Merah SagaPetir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati.
Kurik Kundi Merah SagaPetang-petang ribut berdengung, Kilat menyambar di subuh hari; Petang-petang duduk termenung, Mengenang kasih tidak mari.
Kurik Kundi Merah SagaLayang-layang terbang melayang, Turun ke laut menyambar buih; Sayang-sayang hatiku sayang, Hendak ditarik rasa tak boleh.
Kurik Kundi Merah SagaCik Amat orang pendekar, Pandai merapat haluan perahu; Ingat-ingat helang menyambar, Kalau tak dapat beroleh malu.
12

Kembali ke atas