Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang sambil berdiri, Mari diikat akar mempelas; Kalau tuan menyerah diri, Kami terima dengan ikhlas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putik cempedak buah cempedak, Tetak buluh berduri; Adik tidak abang tidak, Kerana tubuh menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sapu tangan segi bertekad, Dibawa datang ke Inderagiri; Kalau tuan pandai memikat, Burung terbang menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pohon sena cabangnya empat, Mari terbang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang Bentan berbuat sawah, Sawah terisi pandan berduri; Abang hitam sangat bertuah, Satu pelanduk menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Saya ke darat ke rumah Zaharah, Mari mengambil buah keranji; Biar kumati bertumpah darah, Namun menyerah tidak sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiak-tiak orang berinai, Orang berinai merah di jari; Saya tak ada belanja tunai, Kami datang menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pusat paruh di antara tanam, Tanam jangan di antara padi; Jikalau jauh di antara badan, Jauh jangan menyerah diri. |