Kurik Kundi Merah Saga | Beras kisar mudik ke hulu, Tanak pulut santan durian; Tak ada orang menyesal dahulu, Banyak orang menyesal kemudian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tupai mengusik bunga durian, Durian berbuah di depan rumah; Tidak menyesal hari kemudian, Supaya badan tidak punah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Buah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur manis baru gugur, Dibawa nyonya keluar pagar; Jasad menangis di pintu kubur, Menyesal di dunia tidak belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kait-kait ara muda, Timun mikai dalam padi; Baik-baik bermain muda, Jangan menyesal dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain putih panjang sehasta, Tinggal sejengkal tudungkan puan; Abang pergi pilihlah rata, Jangan menyesal hari kemudian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Rautlah nyiru jambangan lidi, Jikalau mandi bersesah jangan; Jikalau mahu kami, Jikalau jadi menyesal jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lembut ikan jemaralidin, Jikalau mandi disesah jangan; Adiklah kaya abang miskin, Jikalau jadi menyesal jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tarik akar si ragi akar, Akar menyangkut bawah titian; Carilah akal fikir-fikir, Jangan menyesal di kemudian. |