Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.gi] | مراݢي

Definisi : 1. mengadun (rempah dll), mencampur: minta tolong dia ~ rempah kambing; 2. Kl mencampur sesuatu utk dibahagi sama rata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.gi] | مراݢي

Definisi : mewarnai (kain dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.gi] | مراݢي

Definisi : membubuh ragi (pd): utk membuat tapai, ubi kayu itu diragi dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.gi] | مراݢي

Definisi : sj burung, Rostratula benghalensis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.gi] | مراݢي

Definisi : mewarnai (kain dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ra.gi] | مراݢي

Definisi : membubuh ragi (pd): Bahan itu diragi dahulu sebelum diperam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meragi

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Cik tuan meragi kain,
     Biar nipis pada jarang;
Cik tuan mencari lain,
     Biar lebih jangan kurang.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan meragi kain, Biar nipis jangan jarang; Kalau tuan mencari lain, Biar lebih daripada terkurang.
Kurik Kundi Merah SagaCik tuan meragi kain, Biar nipis pada jarang; Cik tuan mencari lain, Biar lebih jangan kurang.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna meragi kain, Kalaulah tidak ada bunganya; Apa guna cari yang lain, Kalaulah tidak lebih darinya.
Kurik Kundi Merah SagaEmpat lima meragi kain, Tidakkan sama ke pangku puan; Empat lima muda yang lain, Tidak sama adikku tuan.
Kurik Kundi Merah SagaAngkut-angkut terbang ke langit, Sampai ke langit meragi kain; Sudah bertangkup bumi dan langit, Sama-sama mencari lain.

Kembali ke atas