Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ran.ti] | مرنتي

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Shorea albida; ~ baka = ~ paya = ~ tenggelam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, seraya buaya hantu (Sabah), Shorea uliginosa; ~ kepung sj tumbuhan (pokok), Shorea ovalis; ~ kuning sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, damar hitam, seraya ku­ning (Sabah), a) Shorea faguetiana; b) Shorea resinanigra; ~ langgung sj tumbuhan (pokok), Shorea lepidota; ~ merah sj tum­buhan (pokok), Shorea spp.; ~ merah tua sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocar­paceae, nemesu, seraya, obah suluk (Sabah), Shorea spp.; ~ paang sj tumbuhan (pokok), Shorea bracteolata; ~ putih sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ sabut sj tumbuhan (pokok), keruing sudi, Vatica perakensis; ~ sarang punai sj tumbuhan (pokok), Shorea parvifolia; ~ temak sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), Shorea leprosula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ran.ti] | مرنتي

Definisi : nama sj pokok, Shorea albida. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meranti

Puisi
 

Sayur meranti dirampai ketola,
     Nasi putih dalam pinggan;
Sampai hati sampai rasa,
     Sedang berkasih tuan tinggalkan.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMeranti kayulah meranti, Mari dirintis beri bertali; Belum dapat belum berhenti, Di dalam hati berani mati.
Kurik Kundi Merah SagaSayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan.
Kurik Kundi Merah SagaSayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan.
Kurik Kundi Merah SagaKeledek merah pucuk meranti, Masak lemak tengah hari; Sanak marah saudara benci, Biarlah hamba membawa diri.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk bayam pucuk meranti, Pucuk mengkira di dalam dulang; Kokok ayam abang tak henti, Murai membaca turunlah pulang.
Kurik Kundi Merah SagaPokok ciku pokok meranti, Dititi oleh anak undan; Setiap waktu duduk menanti, Menanti tiba janjinya tuan.
Kurik Kundi Merah SagaTegak jalan ke pekan Meranti, Letak pitis di punca kain; Kalau sebulan dapat dinanti, Kalau setahun baik dicari lain.
Kurik Kundi Merah SagaAyam balik bulunya bali, Kayu meranti buat penolak; Tuan balik bila nak ke mari, Kalau tak mati berjumpa pulak.
Kurik Kundi Merah SagaDari air sampai ke darat, Pohon meranti si pohon nangka; Kalau kukenang sampai akhirat, Aku nantimu di pintu syurga.
Kurik Kundi Merah SagaApa guna dayung direngkuh, Perahu payang kayu meranti; Apalah guna menunggu tumbuh, Yang hilang belum pun berganti.
12

Kembali ke atas