Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.sa] | مراس

Definisi : 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halus­nya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.sa] | مراس

Definisi : mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merasa

Puisi
 

Burung serindit di dalam perahu,
     Bunga bayam di dalam dulang;
Hati adik merasa rindu,
     Kerana berjauhan dengan abang.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Sudah merasa maka (= baru) santun.

Bermaksud :

Baru ada belas kasihan sesudah menderita kesusahan. santun = baik budi bahasa.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBaru merasa hatiku rindu, Bawa berulam si buah pauh; Baru merasa kehendak rindu, Bawa mengenang kekasih jauh.
Kurik Kundi Merah SagaBurung serindit di dalam perahu, Bunga bayam di dalam dulang; Hati adik merasa rindu, Kerana berjauhan dengan abang.
Kurik Kundi Merah SagaHari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Padang berukir-ukir, Membuat ukiran di kayu jati; Terpandang tuan sedang berfikir, Saya merasa sakit hati.
Kurik Kundi Merah SagaBuah-buah rotan dan batu, Jauh sejengkal dimakan angin; Apa khabar ayah bondaku, Baru merasa sejuk dan dingin.
Kurik Kundi Merah SagaDari Gunung ke Anak Bukit, Singgah semalam di Bukit Pinang; Dahulu hati sakit, Sekarang hati merasa senang.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Batak pandai menari, Anak Rama pandai melata; Kalau masak angkat ke mari, Sama-sama kita merasa.
Kurik Kundi Merah SagaBawal tambak bawal cermin, Ketiga dengan bawal Pak Isa; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama tidak merasa.

Kembali ke atas