Kurik Kundi Merah Saga | Tahan punai kena merbuk, Merbuk bersarang di kayu jati; Dah tahu benda tu mabuk, Sahaja nak cari mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merbuk di tepi pekan, Pipit tuli mati terjerat; Buah mabuk jangan dimakan, Pokok berduri jangan dipanjat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merbuk sambar tekukur, Lepas sekali menjadi punai; Terung berpucuk limau bertabur, Puaslah hati membeli mahal. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merbuk terbang ke tebing, Hinggap ia di dahan manggis; Kalau hendak menyarung cincin, Sarungkanlah di jari manis. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merbuk burung merpati, Terbang berpusing hala bendang; Wajah elok menawan hati, Siang malam hamba terkenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak merbuk sarang di luar, Pucuk paku pucuk beringin; Biar buruk kaki seluar, Hati aku sikit tak ingin. |
Kurik Kundi Merah Saga | Banyak-banyak telur merbuk, Tidaklah sama telur merpati; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk yang mana sakit sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bukan tidak saya katakan, Merbuk biasa makan di papan; Bukan tidak saya katakan, Buah mabuk jangan dimakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tarik papan hulur papan, Kena merbuk dalam rimba; Adik makan abang pun makan, Kalau mabuk siapa meriba? |
Kurik Kundi Merah Saga | Yam Tuan pergi ke rimba, Tangkap merbuk pandai berlagu; Janganlah tuan mencabar hamba, Takut penumbuk hinggap ke dagu. |