Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.du] | مردو

Definisi : enak atau sedap didengar (suara, nya­nyian, dll): maka sangatlah ~ bunyi suara anakanda sekaliannya itu; kemerduan perihal merdu (suara dll): ada orang yg sedang menikmati ~ suaranya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.du] | مردو

Definisi : sedap didengar (bkn suara, nyanyian dll): Mereka bernyanyi dgn suara yg ~. kemerduan keadaan merdu (bkn suara dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
merdu (adjektif)
Bersinonim dengan enak, sedap, lunak, lembut, mersik;,
Kata Terbitan : kemerduan,

Puisi
 

Kain tudung kain pelangi,
     Kain dibeli di kedai Cina;
Sungguh merdu adik menyanyi,
     Abang teringat tidur tak lena.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Gagak bersuara murai.

Bermaksud :

Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTiup seruling di tanah lapang, Bunyi merdu berdayu-dayu; Hati runsing kepada abang, Kirimlah salam kepada mak bayu.
Kurik Kundi Merah SagaKain tudung kain pelangi, Kain dibeli di kedai Cina; Sungguh merdu adik menyanyi, Abang teringat tidur tak lena.
Kurik Kundi Merah SagaKain tudung kain pelangi, Kain dibeli di kedai Cina; Sungguh merdu adik menyanyi, Abang teringat tidur tak lena.

Kembali ke atas