Kurik Kundi Merah Saga | Merpati ditangkap kucing, Tangkap mari tepi kota; Besar hati orang miskin, Hari-hari duduk bersuka. |
Kurik Kundi Merah Saga | Merpati telurnya hijau, Pecah sebiji di dalam cawan; Abang pergi ke langit hijau, Adik menanti di kaki awan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak merpati terbang sekawan, Marilah hinggap di balairung seri; Buahnya letik jangan nan rawan, Pun damik dalam negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati terbang seratus, Hinggap mari di pohon nanas; Hendak meniti jambatan putus, Hendak berenang buaya ganas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati terbang ke hutan, Duduk bertenggek di tepi sungai; Tuan umpama cahaya intan, Bagai zamrud baru dicanai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati terbang dua, Hinggap di pangkin perlahan-lahan; Niat hati nak makan buah, Nak nanti musim bilakah tahan? |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung merpati terbang sekawan, Hinggap di hujung ruang seri; Buah hati diamlah tuan, Bonda berada di dalam negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Telur merpati telur tunggal, Taruh mari atas meja; Emak mati bapa meninggal, Pada siapa hendak bermanja. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang merpati terbang melambung, Mari hinggap di awan putih; Buah hati pengarang jantung, Tuan seorang penyudah kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang merpati di pohon jati, Jalan menuju rumah Cik Akob; Kalau tak sampai hajat di hati, Biarku bujang seumur hidup . |