Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ki.pun] | مسکيڤون

Definisi : sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ki.pun] | مسکيڤون

Definisi : sungguhpun; walaupun: ~ ia kaya, ia tidak sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meskipun (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguhpun, walaupun, biarpun, sekalipun, kendatipun, mahupun, walakin, embuh-embuhan.,

Puisi
 

Ribu-ribu ditanggung angit,
     Jatuh mari di atas batu;
Meskipun seribu bintang di langit,
     Tidak menyama adik yang satu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil cili Melaka.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).

 

Lihat selanjutnya...(32)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAsam pauh asam pulasan, Ketika bambangan balu; Meskipun jauh berkirim pesan, Pesan jangan dibuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu ditanggung angit, Jatuh mari di atas batu; Meskipun seribu bintang di langit, Tidak menyama adik yang satu.
Kurik Kundi Merah SagaAsam pauh gelinggang batu, Anak sembilang di tapak tangan; Meskipun jauh di Balai Satu, Hilang di mata di hati jangan.
Sekalung Budi Seuntai BahasaAnak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.

Kembali ke atas