Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sungguhpun; walaupun: ~ ia kaya, ia tidak sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meskipun (kata tugas)
Bersinonim dengan sungguhpun, walaupun, biarpun, sekalipun, kendatipun, mahupun, walakin, embuh-embuhan.,

Puisi
 

Ribu-ribu ditanggung angit,
     Jatuh mari di atas batu;
Meskipun seribu bintang di langit,
     Tidak menyama adik yang satu.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kecil-kecil cili Melaka.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).

 

Lihat selanjutnya...(32)

176

The end justifies the means

Demi matlamat meskipun murni, setiap cara atau tindakan waima yang tidak bermoral pun akan diambil.

Matlamat menghalalkan cara

In his keynote speech, the Prime Minister said that the end justifies the means is not going to be his approach. He added, it is wrong to use any immoral or unscrupulous methods in order to achieve the objectives.

Dalam ucap utamanya, Perdana Menteri berkata bahawa beliau tidak mengamalkan pendekatan matlamat menghalalkan cara. Tambahnya, menggunakan cara yang tidak bermnoral atau tidak berprinsip demi mencapai matlamat adalah salah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(80)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAsam pauh asam pulasan, Ketika bambangan balu; Meskipun jauh berkirim pesan, Pesan jangan dibuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaRibu-ribu ditanggung angit, Jatuh mari di atas batu; Meskipun seribu bintang di langit, Tidak menyama adik yang satu.
Kurik Kundi Merah SagaAsam pauh gelinggang batu, Anak sembilang di tapak tangan; Meskipun jauh di Balai Satu, Hilang di mata di hati jangan.
Sekalung Budi Seuntai BahasaAnak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.

Kembali ke atas