Kurik Kundi Merah Saga | Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih meruap-ruap, Anak tempua terbang ke Jeddah; Kasih boleh dibuat-buat, Hendak mesra bukannya mudah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selasih meruap-ruap, Anak tempua terbang ke Jeddah; Kasih boleh dibuat-buat, Hendak mesra bukannya mudah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nanas halwa pisang salai, Hidangan kali pertama dara; Hasrat kecewa cinta terkulai, Ingatan mesra tetap ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lalu ditaruh di atas peti, Terpandang oleh anak Cina; Bertambah mesra kasih di hati, Bolehlah berjalan ke mana-mana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dapat seekor ikan tenggalan, Lalu ditaruh di atas peti; Saudara-mara dapat berkenalan, Bertambah mesra kasih di hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nak ruang tidak teruang, Benang sutera di dalam buluh; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra di dalam tubuh. |