Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1. = hari ~ hari Ahad; 2. tujuh hari, pekan: se~ yg lalu, dua orang lagi pemuda Melayu telah ghaib entah ke mana; berminggu-minggu beberapa minggu, banyak minggu (lamanya dsb): bukannya sehari dua, malah ~ lamanya; mingguan 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diter­bitkan) setiap minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi; seminggu-mingguan sepanjang minggu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ming.gu] | ميڠݢو

Definisi : 1 = hari ~ hari Ahad. 2 masa atau tempoh selama tujuh hari; pekan: Ia ke Pulau Pinang selama dua ~. mingguan 1 tiap-tiap minggu; seminggu sekali. 2 majalah dll yg terbit sekali seminggu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
minggu (kata nama)
Bersinonim dengan tujuh hari, pekan;,
Kata Terbitan : berminggu-minggu,

Puisi
 

Hari Ahad minggu Belanda,
     Kapitan Cina bergelang kaki;
Cuba ditanya pengubat lama,
     Bolehkah tidak kembali lagi.


Lihat selanjutnya...(5)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaHari minggu pergi ke panggung, Dengar cerita anak dewa; Hati rindu tidak tertanggung, Kalau tidak mati menjadi gila.
Kurik Kundi Merah SagaHari Ahad minggu Belanda, Kapitan Cina bergelang kaki; Cuba ditanya pengubat lama, Bolehkah tidak kembali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaHarilah ini hari minggu, Tempat orang bersabung ayam; Lama sudah kita menunggu, Yang berat sekali tinggal senyum.
Kurik Kundi Merah SagaHari Ahad malam minggu, Sayang encik Syawal menganyamlah pagar; Sudah tersurat ke perut ibu, Berjanji awal tidak bertukar.
Kurik Kundi Merah SagaCik Aishah kerani gudang, Satu minggu sekali datang; Badan kecil leher jenjang, Sangat rindu kalau tak pandang.

Kembali ke atas