| Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina minum ramsih, Minumlah minum muka pintu; Kenapa abang berasa sedih, Kami bersua mereka lagu. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Minum kopi taruh susu, Kurang manis taruh gula; Kalau ikut hawa nafsu, Kalau tak mati separuh gila. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Minum kopi tidak bergula, Pahit-pahit diminum juak; Kalau hati bersama cinta, Baiklah baik diikut juak. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Hendaklah minum tidak bergula, Pahitlah pahit diminum juga; Sudahlah hati bersama suka, Baiklah baik diikut juga. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Gok-gok minum di kendi, Di dalam kendi berisi bunga; Gilalah mabuk kerana budi, Di dalam budi saya terkena. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Gok-gok minum di kendi, Dalam kendi dibubuh bunga; Saya teruk kerana budi, Dalam budi saya terkena. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Encik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Mari tuan minum kopi, Kalau tak manis tambah gula; Jangan diturut kehendak hati, Kalau tak mati boleh jadi gila. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi minum kopi, Kalau tak manis taruh gula; Kalau tak boleh bagai di hati, Kalau tak mati separuh gila. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Orang Arab minum serbat, Kalau tak manis ditambah gula; Bolehlah abang tolong mengubat, Kalaulah adik mengikut kata. |