Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mis.kin] | ميسکين

Definisi : tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), me­larat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd kekayaan; memiskinkan menjadikan miskin; kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~; pemiskinan perihal, perbuatan atau tin­dakan memiskinkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mis.kin] | ميسکين

Definisi : serba kekurangan barang-barang keperluan hidup; tidak berharta: ~ papa terlalu miskin. memiskinkan menjadikan miskin. kemiskinan keadaan miskin; kepapaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak Cina berbaju satin,
     Sudah satin jarang pula;
Hina saya kerana miskin,
     Sudah miskin dagang pula.


Lihat selanjutnya...(46)
Peribahasa

Yang ombak itu ombak juga,
     yang air itu air juga.

Bermaksud :

Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(89)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina berkain satin, Sudah satin sakhlat pula; Dagang hina lagi miskin, Sudah miskin melarat pula.
Kurik Kundi Merah SagaAnak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula.
Kurik Kundi Merah SagaKerbau balar makan jerami, Anak telkin di atas tembok; Apa jua miskin kami, Lagi miskin tidak berbapak.
Kurik Kundi Merah SagaBaju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian.
Kurik Kundi Merah SagaTuk Batin mengait kelapa, Hendak dijual bulan puasa; Tuan miskin tidak mengapa, Asalkan pandai berbudi bahasa.
Kurik Kundi Merah SagaKain cukin diregang-regang, Bawa budak sambil berlari; Biar miskin lagi dagang, Asal pandai membawa diri.
Kurik Kundi Merah SagaAnak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin selatan, Keras sampai tepi kota; Biar miskin tidak makan, Asal terpasang api pelita.
Kurik Kundi Merah SagaWak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang.
Kurik Kundi Merah SagaKain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang.
12345

Kembali ke atas