Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina berkain satin, Sudah satin sakhlat pula; Dagang hina lagi miskin, Sudah miskin melarat pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Cina berbaju satin, Sudah satin jarang pula; Hina saya kerana miskin, Sudah miskin dagang pula. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kerbau balar makan jerami, Anak telkin di atas tembok; Apa jua miskin kami, Lagi miskin tidak berbapak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Baju kebaya disulam kelimkan, Dipakai mari dara berdandan; Miskin kaya jangan bezakan, Budi jadi satu ujian. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuk Batin mengait kelapa, Hendak dijual bulan puasa; Tuan miskin tidak mengapa, Asalkan pandai berbudi bahasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain cukin diregang-regang, Bawa budak sambil berlari; Biar miskin lagi dagang, Asal pandai membawa diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak rusa terlompat-lompat, Rusa hendak pergi seberang; Hamba miskin dagang merempat, Duduk menumpang negeri orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kencang-kencang angin selatan, Keras sampai tepi kota; Biar miskin tidak makan, Asal terpasang api pelita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Wak Fakir berbaju jubah, Naik kuda berjalan malam; Hamba miskin bertambah susah, Cari makan di kampung orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain cukin kain sutera, Buat pengesat kaki dulang; Sudah miskin bertambah hina, Buat apa kepada orang. |