| Kurik Kundi Merah Saga | Kapal berlabuh di Kuala Sepetang, Membawa dagang ke luar negeri; Kerana hari telah petang, Mohon izin mengundur diri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tuan makan jagung, Jagung dimakan burung merpati; Kita ini sama berpantun, Pantun kita mohon berhenti. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Dua tiga pergi bermain, Perutlah lapar tunggu di titi; Kalaulah abang cari yang lain, Mohon adik mengundur diri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Cincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri. |
| Kurik Kundi Merah Saga | Bukan lebah sebarang lebah, Lebah bersarang di pohon dedap; Bukan sembah sebarang sembah, Sembah saya mohon bercakap. |