Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.lé/] | موليق

Definisi : (molék) cantik, bagus, elok (perbuatan, pakaian, dll); memolekkan menjadikan molek; kemolekan perihal molek, kecantikan, ke­elokan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.lé/] | موليق

Definisi : /molék/ cantik; elok; bagus. memolekkan menjadikan molek. kemolekan keadaan atau sifat molek; kecantikan; keelokan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
molek (adjektif)
Bersinonim dengan elok, baik, bagus, senonoh, manis, sopan, santun, halus, lemah lembut, tertib, beradab;,
Kata Terbitan : memolekkan, kemolekan,

Puisi
 

Dayang molek menggoreng telur,
     Sudah digoreng dalam kuali;
Jika malu jangan undur,
     Saya tidak mungkir janji.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Anak seorang,
     menantu malim.

Bermaksud :

Sangat berbahagia. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak baik, menantu molek). malim = ahli agama.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKerbau Jani molek sungguh, Pergi tenggala tanah raja; Malam ini molek sungguh, Macam malam anak raja-raja.
Kurik Kundi Merah SagaDayang molek menggoreng telur, Sudah digoreng dalam kuali; Jika malu jangan undur, Saya tidak mungkir janji.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak pakai kain pelikat, Ikatlah molek dipandang cantik; Carilah cara untuk memikat, Agar dapat bunga dipetik.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak pakai kain pelikat, Ikatlah molek dipandang cantik; Carilah cara untuk memikat, Agar dapat bunga dipetik.
Kurik Kundi Merah SagaAnak cicak Kuala Selambah, Kuala Selambah molek pagi; Abang minta adik tak ambuh, Adik malas berlaki lagi.
Kurik Kundi Merah SagaKamek mencuba sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kamek tak pilih, Kasarlah jangan resmi orang.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi bukit boleh didaki, Air dalam berkala-kala; Orang molek boleh dinanti, Orang tak mahu apakan daya.
Kurik Kundi Merah SagaNenek Lowek menjual sirih, Sirih dijual Jambatan Panjang; Cantik molek kami tak pilih, Asallah jangan mata keranjang.
Kurik Kundi Merah SagaKolek-kolek perahu Cina, Fajarlah rawan dalam perahu; Sungguhlah molek orang betina, Awallah janji tak siapa tahu.
Kurik Kundi Merah SagaApek Luek memakan sirih, Sirih dijual jambatan panjang; Cantik molek kami tak pilih, Syukur jangan mata keranjang.
12

Kembali ke atas