Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mua.tan] | مواتن

Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu; ~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan se­banyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mua.tan] | مواتن

Definisi : barang-barang yg dibawa (oleh lori dll); isi kapal dll: Apabila sampai di Pelabuhan Kelang, segala ~ kapal itu diturunkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muat (adjektif)
Bersinonim dengan ada ruang, dapat diisi, tidak sempit, tidak ketat, tidak sendat;,
Kata Terbitan : memuatkan, termuat, muatan,

Puisi
 

Perahu sekuci muatan sarat,
     Tenggelam duduk di muka kuala;
Cuba sedikit terasa kelat,
     Racun diminum hilang dahaga.


Lihat selanjutnya...(23)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMuatan sarat beribu bungkal, Hendak berniaga negeri besar; Sayap kukerat taji kutinggal, Kiri kanan habis kucakar.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu sekuci muatan sarat, Tenggelam duduk di muka kuala; Cuba sedikit terasa kelat, Racun diminum hilang dahaga.
Kurik Kundi Merah SagaPerahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan.
Kurik Kundi Merah SagaKapal belayar sarat muatan, Nelayan di laut sedang memukat; Biar jauh seberang lautan, Kerana budi terasa dekat.
Kurik Kundi Merah SagaHaluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan bawa perahu, Muatan isi buah berangan; Hendak berbudi biar selalu, Supaya boleh buat kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaBesar perahu Tanjong Jati, Muatan sarat ubi keladi; Kalau tahu diri tak mati, Penyakit tidak diubat lagi.
Kurik Kundi Merah SagaSayang sekoci perahu Melayu, Sarat muatan belayar balik; Habis sekodi pilih sekayu, Belum dapat cindai yang baik.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Jawa bersampan panjang, Sarat muatan antah padi; Kalau sudah berkasih sayang, Ilmu tidak berguna lagi.
Kurik Kundi Merah SagaApa datang dari Rengat? Sarat muatan buah rambutan; Abang jangan rindu sangat, Cubalah lihat dalam bulan.
123

Kembali ke atas