Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.la.mu.la] | مولا٢

Definisi : 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali mening-galkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.la.mu.la] | مولا٢

Definisi : dahulu sekali; pd awalnya: ~ ia berasa takut tetapi lama-kelamaan ia berani. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kera menegurkan tahinya.

Bermaksud :

Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu.

 

Lihat selanjutnya...(8)

454

In for a penny, in for a pound

Sesuatu pekerjaan atau tindakan yang sudah dimulakan hendaklah diteruskan sehingga sempurna maksudnya atau tercapai hasilnya.

Berminyak biar licin

I begin to doubt the wisdom of my chosen course of action, but in for a penny, in for a pound. I am willing to sacrifice my money and face the risk because it is more dangerous to turn back than to go on.

Aku mula ragu-ragu akan kewajaran tindakan aku ini, tetapi berminyak biar licin. Aku sanggup mengorbankan wang ringgit dan menghadapi risiko kerana lebih berbahaya jika aku berpatah balik daripada meneruskan sahaja tindakan aku itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaDarilah batang mulai bunga, Dari bunga mula daun; Dari datang mula kerana, Rindu berkurung seribu tahun.
Kurik Kundi Merah SagaDari mula Melayu tak jaga, Pasal belajar ilmu meniaga; Kalau tahu rugi laba, Berat ringan kita boleh jangka.
Kurik Kundi Merah SagaAwal mula dikarang, Pantun Melayu anak Semarang; Jika tidak belacu jarang, Sumpit gandum dipakai orang.
Kurik Kundi Merah SagaBismilah mula dikarang, Syairlah pantun sajanya kurang; Laksana kainlah jarang, Tidak boleh dibagi orang.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi.
Kurik Kundi Merah SagaHujan panas berderai-derai, Derai mula dari hulu; Di sini kita bercerai, Di akhirat kita bertemu.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana datangnya putih, Dari ABC mula belajar; Bagaimana kalau berkasih, Cincin di jari sama bertukar.
Kurik Kundi Merah SagaUlam temu di kebun Pak Akob, Halia tumbuh dalam dulang; Mula bertemu macam tak cukup, Bila dah jemu tendang terajang.
Kurik Kundi Merah SagaApa sebab jari di tangan? Bentangku tuan menjadi sepuluh; Biji delima mula ditanam, Peria pahit menjadi tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaDari mana punai melayang, Dari sawah ke batang padi; Dari mana mula sayang, Dari mata sampai ke hati.
12

Kembali ke atas