Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mu.rai] | موراي

Definisi : sj burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis musicus; bunyi ~ waktu pagi-pagi benar; ~ bakau sj burung, Pachycephala cinerea; ~ batu sj burung a) = ~ hutan sj burung, Copsychus malabaricus; b) burung kapas, Lalage nigra; ~ belanda sj burung, Zoothera citrina; ~ belukar sj burung, Tarsiger cyanurus; ~ gajah sj burung, Irena puella; ~ kampung sj burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis; ~ rimba sj burung, Pycnonotus plumosus; ~ sampah sj burung, a) Acrocephalus arundinaceus; b) Alcippe cinerea; burung ~ bangau = ~ ekor gading sj burung, merbah ekor gading, Tersiphone paradisi; bagai ~ dicabut ekor prb perempuan yg suka bercakap banyak; ~ berkicau hari siang prb sesuatu yg sudah terang dan nyata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mu.rai] | موراي

Definisi : nama sj burung yg berkicau pd pagi-pagi hari, Copsychus saularis musicus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata murai

Puisi
 

Jak jeti murai batu,
     Kereta ekor potong kepala;
Kalau kudapat kemudi itu,
     Kutabur urai tujuh kuala.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Murai berkicau hari siang.

Bermaksud :

Sesuatu yang sudah terang dan nyata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTelur murai di atas geta, Benang kerak disimpul pulih; Orang duduk bertindih riba, Jangan diharap katakan boleh.
Kurik Kundi Merah SagaJak jeti murai batu, Kereta ekor potong kepala; Kalau kudapat kemudi itu, Kutabur urai tujuh kuala.
Kurik Kundi Merah SagaMusang jebat menyusur akar, Murai berkirai bulu dadanya; Hujan ribut padang terbakar, Embun setitik padam baranya.
Kurik Kundi Merah SagaSerai serumpun tengah halaman, Tempatlah murai berulang mandi; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal laman tempatnya mandi.
Kurik Kundi Merah SagaEmpat belas tali kecapi, Telur murai di atas lutut; Rasa belas dalam hati, Rambut mengurai atas lutut.
Kurik Kundi Merah SagaSerai serumpun di tengah laman, Tempat murai berjejak kaki; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal surau tempat mengaji.
Kurik Kundi Merah SagaSerai serumpun di tengah halaman, Tempat murai menjejak kaki; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal pangkalan tempatku mandi.
Kurik Kundi Merah SagaJauh ayam dalam kurung, Kurung bernama Cik Murai; Padi masak dimakan burung, Burung bernama burung punai.
Kurik Kundi Merah SagaKucing putih bernama Rayang, Pagi-pagi menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai.
Kurik Kundi Merah SagaKucing putih bernama Dayang, Sehari-hari menangkap murai; Hati kasih bercampur sayang, Air mata jatuh berderai.
12

Kembali ke atas