Kurik Kundi Merah Saga | Rusa ini rusa betina, Kalau mandi berkubang jangan; Musim ini musim tua, Kalau mati berkurang jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada seorang nama Cik Daud, Tanam bunga di tepi kolam; Musim ini musim ribut, Bolehkah karam di laut dalam? |
Kurik Kundi Merah Saga | Musim ribut pergi ke pulau, Terendak Cina jatuh ke ruang; Lagi hidup kita bergurau, Kalau mati tergolek seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Musim durian rambutan masak, Manggis saja membawa diri; Cincin berlian permata rosak, Dipakai anak Raja Baiduri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mudik ke hulu menyusur duri, Orang mengetam musim bah; Duduk kita fikirkan diri, Kasih sayang sudah berubah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cincin intan buatan Bugis, Kilau-kilau nampak warnanya; Musim durian buah pun habis, Manggis menumpang apa tandanya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Budak-budak main ke tambak, Tempat lalu kereta kuda; Musim buah rambutan masak, Mengapa limau bertaruk muda? |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Bah anak Cik Daud, Cucu pula pada Cik Anjang; Musim bah dagang tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang berpantun di Kampung Hulu, Sambil mencabut ulam bermi; Tujuh tahun musim berlalu, Baru tersedar rumput di bumi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok sena dahan sena, Sulur-menyulur di tepi perigi; Tahun mana musim yang mana, Haraplah kita jumpa lagi. |