Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini naga-naganya, Naga hidup kita kan lari; Sungguh begini dagang rasanya, Badan hidup separuh mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini naga-naganya, Kayulah hidup dimakan api; Kalau begini rasa-rasanya, Dari hidup baiklah mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau begini naga-naganya, Kayulah hidup dimakan api; Kalau begini rasa-rasanya, Dari hidup baiklah mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Tioman Lautan Cina, Asalnya naga mati berhempas; Sungguh nampak bena tak bena, Dalam hati haram tak lepas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kinabalu bertanggalah pati, Ambil gemala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kinabalu bertangga peti, Ambil gemala di mulut naga; Kalau sudah paksa di hati, Mahal murah baik harga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Mustika embun tinggi warga, Dikulum anak Raja Naga; Tak termasuk pada sangka, Mata tidur bantal berjaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kinabalu bertanggalah pati, Ambil kumala di mulut naga; Jikalaulah sudah kehendak di hati, Mahal dan murah turuti harga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kinabalu bertangga peti, Ambil kumala di mulut naga; Jikalau sudah kata di hati, Tepian hidup terus dicuba. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cina melompat lautan api, Merebut gemala di mulut naga; Asal mendapat kehendak hati, Mahal murah dibayar harga. |