Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Pulau Pisang pasang api,
     Tempat kapal belayar malam;
Kalau belum nak mati,
     Badan tercampak ke lubuk dalam.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo;
     dimakan mati bapa,
tidak dimakan mati ibu.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Bandingkan dengan: Lalu hangus, surut layu). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, b. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, c. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, d. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, e. Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa, f. Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang, g. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaCekak manis makanan sotong, Sotong nak mati ditimpa ruang; Tarik nafas tergantung-gantung, Terkenang diri dikeji orang.
Kurik Kundi Merah SagaPulau Pisang pasang api, Tempat kapal belayar malam; Kalau belum nak mati, Badan tercampak ke lubuk dalam.
Kurik Kundi Merah SagaBurung tekukur terbang menuku, Turun makan padi di laman; Rasa nak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati terbang seribu, Mari berhenti di tengah halaman; Abang nak mati di hujung kuku, Hendak berkubur di tapak tangan.
Kurik Kundi Merah SagaKelip-kelip katakan api, Kalau api di manakah dapur; Kelih Kak Nit rasa nak mati, Kalaulah mati di manakah kubur?
Kurik Kundi Merah SagaBila-bila Mak Milah mandi, Petang hari jalan ke kubur; Bila-bila kami nak mati, Hendak masuk pintu kubur.
Kurik Kundi Merah SagaSelayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai.
Kurik Kundi Merah SagaSelayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk manis makanan sotong, Sotong mandi di padang seberang; Saya menangis mengenangkan untung, Untung nak mati di kampung orang.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Jong permata wangsa, Dulu tiga Teluk Belati; Dipatuk tedung haram tak bisa, Dijeling janda rasa nak mati.
1234

Kembali ke atas