Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna menggali perigi, Air masin bilakan tawar; Apa guna bernikah lari, Nama baik jadi tercemar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Johor ke Majapahit, Singgah semalam di Pulau Bentan; Sudah masyhur nama yang baik, Barulah bertuah permintaan badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Johor ke Majapahit, Singgah mari di Pulau Bentan; Sudah mahsyur nama yang baik, Tambah pula bertuah badan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gunung di laut berentang jati, Kota di Daik saya pagarkan; Hidup kita lawannya mati, Nama yang baik kita tinggalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ada satu nama Tok Janggut, Taruh misai serta janggut; Kalau tak pandai ilmu ribut, Lebih baik jangan ke laut. |