Kurik Kundi Merah Saga | Bagaimana rasa nasi daun, Nasi setalam rasa nak basi; Bagaimana tinggal setahun, Tinggal sebulan rasa nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna nasi daun, Nasi setalam rasa nak basi; Apa guna tinggal setahun, Tinggal semalam rasa nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Bismillah mengepal nasi, Nasi mentah dikepal jangan; Bismillah memulakan nyanyi, Nyanyi salah dikeji jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Gadis Minah mengepal nasi, Nasi mentah dikepal jangan; Bismillah menguat nyanyi, Nyanyiku salah bergusal jangan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna nasi di daun, Nasi di talam rasa nak basi; Apa guna tinggal setahun, Tinggal sehari rasa nak mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi lemak bergulai udang, Lemak berbau belum dirasa; Remuklah hati berputih tulang, Tidak direla berputih mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi lemak gulai udang, Tiga dengan gulai pari; Bajunya kot songketnya gadang, Hilang di mata mana nak cari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi sejuk dihurung semut, Bawa gonggong meniti petang; Berasa sejuk kutarik selimut, Baru kutahu badan seorang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi kunyit tinggi berdiri, Mari makan di atas meja; Dari jauh hamba ke mari, Untuk berjumpa sahabat semata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi ulam buah bidara, Tujuh gunung sembilan lautan; Terbuang emak terbuang saudara, Kasih kakanda kami turutkan. |