Kurik Kundi Merah Saga | Bunga terhambur di dalam perigi, Dari jauh nampak putih; Rosak nasi kerana api, Rosak hati kerana kasih. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi lemak bergulai udang, Lemak berbau belum dirasa; Remuklah hati berputih tulang, Tidak direla berputih mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi masak sayur pun masak, Turun ke tanah memetik lada; Hati rosak jantungku rosak, Rasa bekah dalam dada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masak nasi periuk tergantung, Hanyut puntung dari paya; Niat hati hendak bergantung, Orang tak hendak apakan daya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih saya turutkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayur meranti dirampai ketola, Nasi putih dalam pinggan; Sampai hati sampai rasa, Sedang berkasih tuan tinggalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Apa guna makan nasi, Ambil kulat bawa berkelah; Apa guna menghibur hati, Sanggul digulung sikat belah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk sardang daun sardang, Ambil sehelai membungkus nasi; Duduk sadang berdiri sadang, Ambil satu pemutus hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau ada kacang di pintu, Daun dedap pembungkus nasi; Kalau ada cakap yang tentu, Alangkah sedap rasa di hati. |