Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang (dgn kehendak Allah), takdir, untung: ia teringat­kan ~nya sendiri yg hampir sama dgn ~ Mak Konah ini; senasib serupa nasibnya, sama penderi­ta­annya: kalau begitu ~lah kita ini; nasib-nasiban dgn mengadu nasib sahaja, untung-untungan; bernasib beruntung; ~ baik mendapat ke­untungan (nasib yg baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[na.sib] | نصيب

Definisi : sesuatu yg menimpa diri seseorang dgn kehendak Allah; takdir; untung: ~nya sungguh malang. ~ baik beruntung. ~ buruk malang; celaka. bernasib menerima nasib: ~ baik mendapat keuntungan. senasib sama (serupa) nasibnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nasib
Rujuk :takdir

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(53)
Peribahasa

Mujur tiada berbunyi,
     malang tiada berbau.

Bermaksud :

Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih).

 

Lihat selanjutnya...(35)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKalau tuan pergi ke Rasib, Saya mengirim beli padi; Sudah kubuat pada nasib, Nasib saya apa nak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaSudah nasib pisang jeranang, Berjantung ada berbuah tidak; Sudah nasib apa dikenang, Orang dikenang teringat tidak.
Kurik Kundi Merah SagaSudah nasib pisang jeranang, Pisang masak terbuang lalu; Sudahlah nasib apa dikenang, Badanku seorang terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaSudah nasib pisang jeranang, Berjantung ada berbuah tidak; Sudah nasib apa dikenang, Orang dikenang teringat tidak.
Kurik Kundi Merah SagaSudah nasib pisang jeranang, Pisang masak terbuang lalu; Sudahlah nasib apa dikenang, Badanku seorang terbuang lalu.
Kurik Kundi Merah SagaBagaimana nasib bagaimanalah untung, Tanam pisang tidak berjantung; Saya umpama kera lutung, Di mana ranting tumpang bergantung.
Kurik Kundi Merah SagaCantik semacam anak patung, Baju merah baju kurung; Nasib berniaga kalau mahu untung, Modal sedikit jadi sekarung.
Kurik Kundi Merah SagaSatu tampik jariku lima, Dua tampik jari sepuluh; Nasib benar buah delima, Delima ditanam peria tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaCik Rasip beli sotong, Bawa pulang lalu dibasuh; Nasib tuan tidak beruntung, Lain tanam lain tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaPepulih dalamlah telaga, Rumput lalang rata merata; Sungguh malang nasib hamba, Emas digenggam nak jadi tembaga.
123456

Kembali ke atas