Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ra.ka] | نراک

Definisi : 1. alam akhirat tempat orang yg ber­dosa diseksa, lwn syurga; ~ jahanam neraka yg paling besar; 2. bp segala macam seksaan (bencana, kesusahan): inilah yg disebut ~ dunia; 3. celaka, sial: ~ kau ini; 4. ki tempat yg penuh dgn seksaan, kesusahan, dan ben­cana: rumah itu bagaikan ~ baginya; menerakakan mendatangkan bencana, men­­­­celakakan; kenerakaan perihal neraka, kecelakaan: apa yg ditemuinya di Kampung Kambing itu ialah keduniaan belaka, kejasmanian belaka, ~ belaka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ra.ka] | نراک

Definisi : 1 tempat di akhirat kelak bagi orang yg ingkar dan berdosa di dunia ini menerima balasannya: ~ jahanam neraka yg amat besar. 2 ki segala macam kesusahan dan penderitaan: ~ dunia keadaan hidup yg sangat susah atau azab. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata neraka

Puisi
 

Tebang mari kayu nangka,
     Hendak dibuat kayu api,
Seorang neraka seorang syurga,
     Yang mana satu hendak diganti.


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaLandak makan buah salak, Kumat lumat dengan bijinya; Api neraka kalau tak galak, Umat belum takut dirinya.
Kurik Kundi Merah SagaTebang mari kayu nangka, Hendak dibuat kayu api, Seorang neraka seorang syurga, Yang mana satu hendak diganti.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turunnya enam, Mati seekor tinggalnya lima; Dijilat oleh neraka jahanam, Budi Tuhan sudah diterima.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turun tujuh, Satu mati tinggal enam; Minta jauh neraka tujuh, Minta doa tetapkan iman.
Kurik Kundi Merah SagaLangit biru apa tongkatnya? Bunga cempaka kembang biru; Hidup dunia apa hakikatnya? Pintu neraka sedia menunggu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak ayam turunnya tujuh, Mati seekor tinggalnya enam; Hancur luluh seluruh tubuh, Dijilat oleh neraka jahanam.
Kurik Kundi Merah SagaTebang tebu banyak-banyak, Mari bawa dalam raga; Tuntut ilmu biar banyak, Nak menutup pintu neraka.
Kurik Kundi Merah SagaTetak tebu kilas ke dayung, Nak berdayung Laut Melaka; Tuntutlah ilmu buatkan payung, Nak menghindar api neraka.

Kembali ke atas