Kurik Kundi Merah Saga | Niat menumpang di gunung api, Ambil gemala di mulut naga; Sudah dapat kehendak hati, Malam ini saya berjaga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Naik bukit pergi Asahan, Bayar niat mudah-mudahan; Sungguhpun songket kain pilihan, Tapi tak boleh buat basahan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang selasih di depan puan, Tidak niat hendak kupakai; Hatiku kasih padamu puan, Sikit tak ingat hendak kucerai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji hanyut terapung, Sulam mari gambar benang; Niat hati nak balik kampung, Lautan dalam tidak terenang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sebelah tangan jari lima, Dua tangan jari sepuluh; Niat hati tanam delima, Sampai masa peria tumbuh. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api embun berderai, Galah patah haluan perahu; Niat hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tiup api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat di hati tak hendak bercerai, Kuasa Allah siapa tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Putus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pagi-pagi embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati belum nak cerai, Kehendak Allah siapa tahu. |