Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nikah-

Puisi
 

Anak lintah tergedit-gedit,
     Anak harimau menyeberang paya;
Nak nikah tergedit-gedit,
     Orang tak mahu apakan daya.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Nikah maharaja bumi (= Boma).

Bermaksud :

Nikah tanpa belanja.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTikar pucuk tikar mengkuang, Tempat nikah raja Melayu; Ikan busuk jangan dibuang, Buat perencah si daun kayu.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lintah tergedit-gedit, Anak harimau menyeberang paya; Nak nikah tergedit-gedit, Orang tak mahu apakan daya.
Kurik Kundi Merah SagaMudik ke hulu sekah durian, Hanyut kulit bertali-tali; Duduk dulu nikah kemudian, Boleh anak tidak berwali.
Kurik Kundi Merah SagaNampak dari tanah Makkah, Di sana ramai anak bidadari; Sabarlah kita sebelum nikah, Sama-samalah menjaga diri.
Kurik Kundi Merah SagaBuah kerba masak merekah, Orang ramai hujung pulut; Apa khabar orang nak nikah, Lepas purnama bulan Maulud.
Kurik Kundi Merah SagaPak Lekup minta sedekah, Mari sedekah rumah Pak Gapur; Bulan cukup abang nak nikah, Minta duit belanja dapur.
Kurik Kundi Merah SagaRumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaDari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaOrang Batak pulang ke Batak, Sampai ke Batak menggulai babi; Nasi masak gulai pun masak, Imam sampai nikah tak jadi.
Kurik Kundi Merah SagaKalau bertenun secara kembang, Limau kerbau masak merekah; Kalau bersenyum ketawa dek orang, Ambil tuk lebai baca nikah.
12

Kembali ke atas