Kurik Kundi Merah Saga | Cincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Inginkan hidup permata nilam, Jatuh tersorok batang entimu; Tuan rindu pandang ke bulan, Di dalam bulan kita bertemu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok rambutan tepi kolam, Buah dipetik hari-hari; Intan manikam berselang nilam, Cahaya melimpah dalam negeri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Laju sampai Kuala Daik, Hendak dikejar takut dalam; Sudah jumpa intan yang baik, Mahu diikat batu nilam. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kelip-kelip api di kantor, Sedia naik pukul sembilan; Bagai diletak bagai diatur, Macam cincin permata nilam. |