Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.mu/] | ڽاموق

Definisi : sj serangga kecil bersayap dua dan menghisap darah; ~ aedes (rimau) sj nyamuk, Aedes aegypti; ~ biasa sj nyamuk, Culex fatigans; ~ tiruk (jenis nyamuk yg membawa penyakit malaria) a) Anopheles maculatus; b) Anopheles sundaicus; c) Anopheles um­brosus; ~ pers Id bp pemberita surat khabar, wartawan; tamparan ~ bahagian badan antara tulang belikat dgn tulang leher; ~ mati gatal tak lepas prb menaruh dendam terhadap orang yg berbuat jahat kpd kita walaupun ia sudah dihukum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.mu/] | ڽاموق

Definisi : beberapa jenis serangga ber­sayap yg suka menggigit dan meng­hisap darah. ~ aedes (rimau) nya­muk yg membawa demam denggi dan demam kuning, Aedes aegypti. ~ biasa nyamuk yg biasa terdapat tetapi tidak berbahaya, Culex fatigans. ~ tiruk nyamuk yg membawa penyakit malaria, Anopheles maculatus (sundaicus, umbrosus). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyamuk

Puisi
 

Banyak nyamuk di hutan Tengar,
     Buah betik dipanggil papaya;
Kicau murai lagi didengar,
     Inikan pula cerita manusia.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.

Bermaksud :

Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBanyak nyamuk Kuala Gaung, Nyamuk tidak takut api; Banyak dosa saya tanggung, Sedikit tidak takut mati.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak nyamuk di hutan Tengar, Buah betik dipanggil papaya; Kicau murai lagi didengar, Inikan pula cerita manusia.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak nyamuk di Tanjung Arus, Rindu dendam di dalam puan; Tubuh gemuk menjadi kurus, Kerana rindu denganmu tuan.
Kurik Kundi Merah SagaBuah durian masak mengkal, Buah palas dimakan nyamuk; Hari kemudian jangan menyesal, Rupa paras sudah tengok.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak meruncing kalam, Makin diruncing makin tajam; Setitik dakwat nak perintah kalam, Adakah nyamuk nak perintah alam.
Kurik Kundi Merah SagaJemur padi padang lalang, Habis dimakan ayam denak; Abang menanti tengah malam, Habis belakang digigit nyamuk.

Kembali ke atas