Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nya.nyi] | ڽاڽي

Definisi : gubahan muzik yg dilagukan dgn suara: dr jauh terdengar ~ seorang gadis; peti ~ alat utk memainkan piring hitam; bernyanyi, menyanyi melagukan nyanyi, berlagu: maka biduanda yg baik suara pun ~lah; budak itu berlari-lari ke sekolah sambil menyanyi; menyanyikan melagukan (dgn nyanyi): Salmah ~ lagu itu; nyanyian nyanyi penyanyi orang yg menyanyi, tukang nyanyi, biduan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nya.nyi] | ڽاڽي

Definisi : , = nyanyian gubahan atau ciptaan muzik yg dilagukan dgn suara; bunyi atau suara yg berirama dan berlagu. bernyanyi, menyanyi melafazkan nyanyi; berlagu: Mari kita ~ beramai-ramai. menyanyikan me­lagukan sesuatu nyanyian: Siapa yg ~ lagu itu? Saya suka ~ lagu-lagu Melayu asli. penyanyi orang yg bernyanyi; tukang nyanyi; biduan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyanyi
Kata Terbitan : bernyanyi, menyanyi, menyanyikan, nyanyian, penyanyi,

Puisi
 

Angin bukan sebarang angin,
     Angin menyusur daun kayu;
Nyanyi bukan sebarang nyanyi,
     Nyanyi menghibur hatiku rindu.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBaju awak baju merah, Baju saya baju biru; Nyanyi adik nyanyi sekolah, Nyanyi saya nyanyi rindu.
Kurik Kundi Merah SagaAngin bukan sebarang angin, Angin menyusur daun kayu; Nyanyi bukan sebarang nyanyi, Nyanyi menghibur hatiku rindu.
Kurik Kundi Merah SagaBismillah mengepal nasi, Nasi mentah dikepal jangan; Bismillah memulakan nyanyi, Nyanyi salah dikeji jangan.
Kurik Kundi Merah SagaBunga sena dalam jerami, Putik kandis dalam dulang; Cuba guna dalam nyanyi, Bawa nyanyi depan orang.
Kurik Kundi Merah SagaOrang nyanyi di balik tabir, Raja beradu di atas tilam; Abang sudah habis fikir, Hendaklah mati bertindih tulang.
Kurik Kundi Merah SagaAbang sayang disuruh panggilkan, Suruh nyanyi kena suruh; Seperti pungguk rindukan bulan, Disuruh jatuh tak akan jatuh.
Kurik Kundi Merah SagaKalau pecah piring ini, Saya tidak berkirim lagi; Kalau sudah nyanyi ini, Saya tidak menyanyi lagi.
Kurik Kundi Merah SagaGadis Minah mengepal nasi, Nasi mentah dikepal jangan; Bismillah menguat nyanyi, Nyanyiku salah bergusal jangan.
Kurik Kundi Merah SagaSaya tidak pandai menali, Sebarang tali saya talikan; Saya tidak pandai menyanyi, Sebarang nyanyi saya nyanyikan.
Kurik Kundi Merah SagaRusa batu disimpul pulih, Bunga sena dalam jerami; Bagaimana tipu hendak boleh, Cuba guna dalam nyanyi.
12

Kembali ke atas