Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[nyi.ru] | ڽيرو

Definisi : sj alat (yg dianyam drpd bilah, rotan, dll) utk menampi beras dll; bak ~ bak tampian, bak guru bak anak sasian prb murid-murid umumnya mencontohi kelakuan guru (terutama yg tidak baik). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[nyi.ru] | ڽيرو

Definisi : alat yg dianyam drpd rotan dsb utk menampi beras dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyiru (kata nama)
Bersinonim dengan gadang, badang, penampi.,

Puisi
 

Jangan suka menganyam nyiru,
     Nyiru dianyam di tepi tasik;
Jangan suka menanggung rindu,
     Rindu datang bawa penyakit.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kecil tapak tangan,
     nyiru ditadahkan.

Bermaksud :

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJangan suka menganyam nyiru, Nyiru dibawa dari Buncit; Jangan suka menanggung rindu, Rindu bawa jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaJangan suka menganyam nyiru, Nyiru dianyam di tepi tasik; Jangan suka menanggung rindu, Rindu datang bawa penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaApa oleh mengayam nyiru, Nyiru dianyam di atas bukit; Apa oleh menahan rindu, Kalau ditahan jadi penyakit.
Kurik Kundi Merah SagaRautlah nyiru jambangan lidi, Jikalau mandi bersesah jangan; Jikalau mahu kami, Jikalau jadi menyesal jangan.
Kurik Kundi Merah SagaApa buat menganyam nyiru, Lintang akan sambil diangkat; Apa boleh menahan rindu, Dilimpang akan ditidur angkat.
Kurik Kundi Merah SagaLesung batu ulunya batu, Mari ditampi nyiru dan dulang; Tolong aku bantulah aku, Aku nak rebut kasihlah orang.
Kurik Kundi Merah SagaMenjemur kacang di hari panas, Isi di nyiru orang seberang; Sebutir pisang sebutir nanas, Mana satu rezeki musang?
Kurik Kundi Merah SagaSaya malas menyukat bambu, Kerana bambu sebatang nyiru; Kami tak cakap dendam memadu, Dendam sebulan setahun rindu.
Kurik Kundi Merah SagaSaya malas menyipat bemban, Bemban sebatang sebutir nyiru; Saya malas menaruh dendam, Dendam sebulan setahun rindu.
Kurik Kundi Merah SagaCempaka putih cempaka biru, Buat sunting bunga delima; Masa ayah menganyam nyiru, Angkit dengan tindih lima.
12

Kembali ke atas