Kurik Kundi Merah Saga | Nyiur manis baru gugur, Dibawa nyonya keluar pagar; Jasad menangis di pintu kubur, Menyesal di dunia tidak belajar. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ayam biring kuning kakinya, Anak nyonya membeli kain; Abang tinggal sumbing hatinya, Sama-sama mencari lain. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pokok pauh dahannya rendang, Buah mengkudu dijolok nyonya; Adik jauh memang dikenang, Hati rindu apa ubatnya? |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hujan turun di rimba belukar, Anak itik dikepung nyonya; Bertahun-tahun gunung terbakar, Embun setitik jadi pemadamnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Terang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga. |