Kurik Kundi Merah Saga | Macam mana orang hutan hendak, Orang hutan hendak orang berkaki; Macam mana orang berkehendak, Orang berkehendak berani mati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari cempedak baik nangka, Nangka panjang tangkainya; Dari budak baik orang tua, Orang tua panjang akalnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang bandar bersanggul dua, Orang barat bersanggul lintang; Alangkah baik berbini tua, Perut kenyang pengajaran datang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Singapura dilanggar todak, Orang berkubu batang pisang; Orang tua melawan budak, Ibarat aur ditarik songsang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pinang tua beraga-raga, Pinang muda lebihlah lagi; Orang tua ngada-ngada, Orang muda lebihlah lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pinang tua beraga-raga, Pinang muda bertemu hati; Orang tua mengada-ngada, Orang muda apa lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tuan Haji memakai jubah, Turun ke padang memburu rusa; Orang mengaji memuji Allah, Orang sembahyang mengampun dosa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang belayar di atas layar, Orang berjudi di atas rimbat; Hutang rial boleh dibayar, Hutang budi bertambah rimbat. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang bersalam di dalam perahu, Makan ubi dengan kurma; Orang Islam hendaklah tahu, Bilangan nabi dua puluh lima. |